Monday, May 18, 2015
CABANG IMAN KE 20 DAN 21
Bismillah
Alhamdulillah
Wa solatu wa salamu ala Rasulillah
Assalaamua'laikum..
Kita sambung bicara cabang cabang İman.
Cabang İman ke 20 dan ke 21.
Cabang ke 20 : Bersuci.
Bersuci dari hadas dan najis
Mafhum dari hadis bersuci adalah sebahagian dari İman.
Berwudhu, istinjak dan mandi.. adalah amal bersuci
Tasdiqkanlah bersuci ini adalah amalan yang sangat murni, kerana membebaskan fizikal dan rohani dari "kekotoran".
Taqrir dan sampaikanlah akan kelebihan bersuci.
Amallah dalam setiap saat hidup kita sentiasa bersuci dan cari jalan/ kaedah bersuci baik suci luaran atau dalaman. Sentiasa dalam wudhu adalah sunnah..
Cabang İman yang ke 21 : Solat.
Solat adalah tiang agama, sola adalah mikraj (komunikasi langsung) mukmin dengan Allah swt dalam keadaan yang paling di sukai oleh Allah swt.
Tasdiqkanlah didalam hati bahawa solat adalah satu perintah yang agung dan amalan yang ulung, semua nabi nabi meminta bantuan dengan jalan solat...
Tablighkanlah kelebihan solat fardhu dan sunat..
Amallah solat dengan sempurna, seperti yang ditunjuk oleh Rasulallah saw.
wallahu a'lam bi sowab
Alhamdulillah.
Selawat.
Tutup dengan tasbih kaffarah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment