Friday, May 15, 2015
CABANG IMAN KE 14
Kita sambung bicara cabang cabang Iman, cabang yang ke 14 mengikut susunan Al Imam Al Baihaqi dalam Syuabul Iman.
Cabang ke 14.
Cinta kepada RasulNya Muhammad saw.
baik siapa ingat saya beri analogi apa untuk Cinta Allah swt.. boleh forward atau copy sini tak ?
Analogi seorang yang mengahwini wanita.. dan wanita tersebut ada anak perempuan..
Ianya berkaitan Cinta, perasaan hati, yang mahu sesuatu atau seseorang untuk menjadi istimewa dab khusus buat nya
siapa ingat ayat AQ yang maksudnya (sekadar ingatan saya)..
Katakanlah Muhammad, sesungguhnya sekiranya kamu mencintai Allah swt, maka ittiba'/ ikut contohi amal aku..
Kata penyair.
Sesuatu yang ada hubungan Kekasih, akan dikasihi.
Tidaklah aku mencintai rumah rumah dan dinding dinding dibandar itu..
Melainkan kerana hubungannya dengan Leyla.
Tasdiqkan didalam hati, akan betapa Allah swt telah jadikan, pilihkan dan gunakan Rasulallah saw untuk sampaikan RisalahNya..
dari hari pertama terima Risalah hingga hari terakhir nafasnya baginda saw. Rasulallah saw menjalankan tugasan tersebut..
23 tahun lamanya... di uji dan di beri pelbagai cabaran..
dalam menyampaikan Risalah Allah swt.
"Telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu 'Ulayyah, dari Abdul 'Aziz bin Shuhaib, dari Anas, dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam Dan telah menceritakan pula kepada kami Adam berkata, telah menceritakan kepada kami Syu'bah, dari Qotadah, dari Anas berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: ""Tidaklah beriman seorang dari kalian hingga aku lebih dicintainya daripada orang tuanya, anaknya dan dari manusia seluruhnya"". "
Al Bukhari menyebut dalam Sahihnya.
Tabligh dan Taqrirkan akan cinta kita kepada Rasul saw, dengan sampaikan sunnah nya..
Amalkan cinta Rasulallah, dengan meletakkan perasan cinta ini mendahului dari manusia yang lain.
Wallahu a'lam bi sowab
wama taufiqi illa billahi
Alhamdulillah..
selawat..
Tutup sesi dengan tasbih kifarah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment