cabang yang ke 17, mengikut susunan Al İmam Al Baihaqi dalam kitabnya Syuabul Iman iaitu ;
Menuntut ilmu berkait dengan Agama.
Ahli ilmu.membahagikan ilmu kepada 2 bahagian :
1. İlmu Fardhu A'İN
2. İlmu Fardhu Kifayah.
Fardhu Ai'in : sesuatu ilmu yang dipertanggungjawabkan amalnya pada setiap individu Muslim.
Fardhu Kifayah : yang ditaklifkan pada umat İslam.
فَبَدَأَ بِأَوْعِيَتِهِمْ قَبْلَ وِعَاءِ أَخِيهِ ثُمَّ اسْتَخْرَجَهَا مِنْ وِعَاءِ أَخِيهِ ۚ كَذَٰلِكَ كِدْنَا لِيُوسُفَ ۖ مَا كَانَ لِيَأْخُذَ أَخَاهُ فِي دِينِ الْمَلِكِ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ ۚ نَرْفَعُ دَرَجَاتٍ مَنْ نَشَاءُ ۗ وَفَوْقَ كُلِّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ
Maka mulailah Yusuf (memeriksa) karung-karung mereka sebelum (memeriksa) karung saudaranya sendiri, kemudian dia mengeluarkan piala raja itu dari karung saudaranya. Demikianlah Kami atur untuk (mencapai maksud) Yusuf. Tiadalah patut Yusuf menghukum saudaranya menurut undang-undang raja, kecuali Allah menghendaki-Nya. Kami tinggikan derajat orang yang Kami kehendaki; dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui.
Surah Yusuf (12:76)
وَفَوْقَ كُلِّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ
..dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui.
Surah Yusuf (12:76)
Baris akhir tu ALLAH SWT sebut tentang keadaan ilmu pada sisi manusia..
sesungguhnya, ilmu Allah lah mengatasi segalaNya.
Tasdiqkanlah dalam hati bahawa Allah swt mempunyai khazanah ilmu yang tidak terhitung banyaknya..
Tablighkanlah kepentingan menuntut ilmu ilmu yang dapat diredhai Allah swt, dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulallah saw.
Amal :
Setiap kerja dan amal kita, kita perlu sedar dan tahu ada ilmu yang sempurna mengenainya.. maka tuntutlah ilmu sesuatu kerja dan amal dengan sempurna.
Misalnya solat 5 waktu. Ianya satu perintah yang ditaklifkan sewaktu İsra' Mi'raj setelah 10 tahun Rasulallah saw solat dan mahir akan adab dan faham maksud perintah solat.
Solat pula diajarkan oleh Jibril as akan tatacaranya kepada baginda saw. Pastilah ilmu solat disisi Rasulallah saw sangat sempurna..
Oleh itu tuntutlah ilmu mengenai solat sesempurna mungkin.
Cabang cabang ilmu dalam Islam sangatlah.banyak ianya di keluarkan dari 6236 ayat al Qur'an.. Maksud ilmu itu akhirnya adalah untuk kita tahu apakah amal yang dicintai oleh ALLAH SWT seperti yang difahami oleh Rasulallah saw..
Wallahu a'lam bi sowab
Alhamdulillah
selawat
Tutup dengan tasbih kifarah
No comments:
Post a Comment