Sunday, May 17, 2015
CABANG IMAN KE 19
Bismillah
Alhamdulillah
Wa solatu wa Salaamu ala Rosulillahi
Assalamualaikum
Kita sambung bincang cabang-cabang Iman
Cabang iman yang ke 19 mengikut susunan Al Imam Al BAIHAQI dalam Syuabnya
Cabang ke 19 Mengagungkan Al Qur'an
Secara literalnya Al QUR'AN adalah kitab yang berupa risalah/mesej Allah swt kepada manusia.
Sebaik sahaja wahyu pertama diturunkan, Muhammad saw memulakan tugasannya menyebar Risalah dengan jawatan yang diberi nama Rasul Allah swt.
Al QUR'AN disampai kepada manusia dengan lisan atau bahasa percakapan Rasulallah saw.
ini kandungan Al Qur'an yang sangat jelas dan tersimpan didalamnya khazanah ilmu dari Allah swt yang MAHA MENGETAHUİ.
Isi
Terlalu banyak keajaiban Al QUR'AN dan ianya mukjizat yang akan kekal hingga kiamat.
Tasdiqkanlah Al QUR'AN adalah Kitabullah.. tiads keraguan tentangnya, isu kandungannya dan maksud maksudnya
Tablighkanlah akan kelebihan kelebihan belajar dan membaca Al Qur'an dari hadis sahih
Amallah dengan memuliakan Al Qur'an dengan adab adab terhadap mushafnya, bacaannya,ahlinya dan majlisnya.
Wallahu a'lam bi sowab
Alhamdulillahi robbil alamin
Tutup dengan tasbih kifarah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment