Sunday, May 17, 2015

CABANG IMAN KE 18


Bismillah
hamdulillah
Wa Solatu Wa Salamu ala Rasulillahi

Assalamualaikum,
Kita sambung dengan cabang İman seterusnya
Cabang ke 18, mengikut susunan Al İmam al.Baihaqi dalam kitab Syuabul Iman

Cabang ke 18, adalah
Memudahkan dalam hal ilmu termasuk didalamnya memudahkan pengajar ilmu.

contohnya dalam ini, amalan pembukuan Al QUR'AN. Pengumpulan hadis hadis dan penyusunan kitab kitab hadis, pembangunan madrasah dan sekolah dan amal yang seperti itu...

tasdiqkanlah didalam hati, bahawa Allah swt telah memudahkan agama ini berbanding dengan agama agama Allah yang terdahulu, dan Rasulallah saw telah menunjukkan contoh dan praktikal yang termudah, begitulah juga para salafusoleh telah berkhidmat dalam hal ilmu ini dalam memudahkan ilmu ini dipelajatiri dengan adanya kitab kitab, madrasah dan yang seumpamanya.

Sampaikanlah dan ulang ulangkan percakapan bahawa İslam dan ilmu İslam ini telah banyak sangat kemudahannya..
Sampaikanlah dengan cara yang paling mudah di fahami..

Amalkanlah dengan memudahkan ahli keluarga kita, jiran jiran dan komuniti terdekat kita untuk mendapatkan ilmu. Bagi pihak para pengajar agama kita bantulah dalam perkara yang boleh memudahkan tugasan mereka secara langsung atau secara tidak langsung dengan membantu urusan keperluan hariang bagi pengajar yang memerlukan bantuan.

Wallahu a'lam bi sowab

Alhamdulillah

selawat

tutup majlis dengan tasbih kaffarah

No comments:

Post a Comment